English ENG

Welcome

Sign In / Register

0Cart RM0.00
Zunar2018-05-04T18:12:31+08:00

Pengumuman: Saya dijemput berucap di PBB

Saya ingin mengumumkan bahawa saya dijemput untuk berucap dalam sebuah forum di Bangsa-bangsa-Bersatu (PBB) mengenai hak berkarya pada 6 Mac depan.

Forum bertajuk “Defending artistic expression – time for the UN to act” (Melindungi Hak Expresi Artis – Masa untuk PBB bertindak) akan diadakan di Palais des Nations, United Nations, Geneva.
Forum itu diadakan sempena Sesi Hak Asasi Manusia PBB.

Dalam ucapan, saya akan menekankan bahawa hak ekspresi seniman harus diletak ditempat teratas dan tidak boleh dikompromi. Saya juga akan menyetuh mengenai komitmen yang sangat minima oleh PBB bagi melindungi artis termasuk kartunis, menyebabkan estrimis dan regim korup seperti di Malaysia terus menekan kreativiti para seniman.

LATAR BELAKANG

Pada 28 Januari lepas, pejabat Zunar diserbu ketika beliau mengadakan pameran dan program di London. Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 150 buku-buku kartun beliau.

Ini adalah serbuan kali ketiga oleh pihak berkuasa di pejabat beliau – kali pertama pada Ogos 2009 dan seterusnya pada September 2010 di mana lebih 500 buku komik “Gedung Kartun” dan “Cartoon-O-Phobia” dirampas.

Pihak berkuasa juga turut menyerbu pekedai, pengilang serta penerbit dan mereka diberi amaran bahawa lesen perniagaan mereka akan ditarik balik sekiranya terus mencetak dan menjual buku Zunar.

* Pada 6 November 2014, tiga pembantu Zunar telah ditangkap dan disiasat kerana menjual buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “. Sebanyak 44 buah buku turut dirampas oleh polis.

* Pada 12 November 2014, pengendali laman web telah rasmi Zunar (zunar.my) disiasat polis. Polis juga meminta syarikat pengendali urusniaga penjualan, MOLpay untuk menyerahkan senarai nama-nama pembeli buku Zunar secara online.

* Pada 20 November 2014, Zunar disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

* Pada Julai 2010, lima judul buku Zunar bertajuk “Perak Darul Kartun”, “1 Funny Malaysia”,”Isu Dalam Kartun” Vol. 1, 2 dan 3 telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri atas alasan kandungannya “Mengancam ketenteraman awam.”

* September 2010, Zunar ditangkap dibawah Akta Hasutan dan dilokapkan selama dua hari kerana penerbitan buku “Cartoon-O-Phobia.”

* September 2009, pejabat Zunar di Kuala Lumpur diserbu dan 500 buah buku “Gedung Kartun” dirampas.

* Julai 2011 Zunar menerima anugerah “Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

* Ogos 2011 Zunar menerima anugerah Hellman Hammett sebagai pembela hak asasi dari Human Rights Watch.


Related Posts

Keputusan mahkamah: Kerajaan rasuah takut kartun

Kenyataan oleh kartunis politik, Zunar 1 NOV 2013 Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan saya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala... read more

Disebalik tabir Zunar, wawancara oleh Malaysiakini

Zunar - Budak sains yang tak suka sains Suatu hari pada 1974 - seorang budak lelaki kelihatan berlari-lari di sebuah kampung... read more

Kerajaan patut haramkan filem racist Tanda Putera

Kerajaan wajib mngharamkan semua karya-karya seni yang mencetus ketegangan kaum, memperolok kaum serta mempromosi pengksataan kaum di negara ini. Filem,... read more

Malaysia: harassment of cartoonist escalates

PEN INTERNATIONAL Malaysia: harassment of cartoonist escalates London, 2 December 2016 Original site http://www.pen-international.org/newsitems/malaysia-harassment-of-cartoonist-escalates/# THE Malaysian authorities must drop all charges and... read more

SALUT TAN SRI ARIFF! – Sebuah catatan peribadi oleh Zunar

PEMECATAN Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof merupakan episod terburuk dalam sejarah demokrasi berparlimen di... read more

STATEMENT: (Eng & BM) ZUNAR receives International Press Freedom Awards

ZUNAR receives International Press Freedom Awards I am delighted to receives the "International Press Freedom Award 2015" from Committee to... read more

Support from international organisations

1. Committee to Protect Journalists Malaysia intensifies harassment of award-winning cartoonist Bangkok, November 28, 2016―Malaysian authorities should drop all criminal charges against... read more

The story of cartoonist Zunar

Travel ban, book ban, detention, charged, office raided, printer raided, webmaster arrested ZUNAR Zunar (Zulkiflee Sm Anwar Ulhaque) is a political cartoonist... read more

BM and ENG: Zunar’s statement on MOLpay issue

BACKGROUND On 17th November 2014, I received an email from MOLPay indicating that they have received a request from PDRM to... read more

Sapuman Cartoon Book BANNED – Statement by Zunar (Eng & BM)

ISSUE The government of Malaysia has announced the banning of my cartoon book, “Sapuman: Man of Steal” under the Printing and... read more

Porto

Porto - Expert Accounting Solutions Tailored to Your Needs—Ensuring Accuracy, Compliance, and Financial Peace of Mind.

30+

Years of Experience

About

  • Home
  • Services
  • About
  • Process
  • Projects
  • News
  • Contact

Services

  • Accounting
  • Tax Planning
  • Business Advisory
  • Payroll Management
  • Global Accounting
  • Admin Services

Newsletter

Want to receive news and updates? Enter your email.

Error: Contact form not found.

© 2026 Porto is Proudly Powered by P-Themes

  • Privacy Policy
  • Terms of Use
Check the Main Menu location in Apppearance->Menus->Display Location.
  • msBahasa Melayu
    • enEnglish