English ENG

Welcome

Sign In / Register

0Cart RM0.00
Zunar2018-05-04T18:12:40+08:00

ZUNAR: Mengumumkan penerbitan buku kartun baru “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip.” SAYA mengumumkan penerbitan buku kartun terbaru berbentuk pendedahan berjudul “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip” yang akan berada di pasaran segera. Buku ini setebal 52 muka surat ini mengandungi 50 kartun-kartun baru yang disertakan dengan text dan fakta mengenai perancangan kotor dan fitnah kerajaan BN serta tokoh-tokoh yang merancang untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia diterbitkan dalam dua versi, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku ini hanya dijual dengan harga pasaran RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarkan fakta dan mesej yang terkandung di dalamnya. Melalui buku ini, saya mendedahkan peranan tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, pelakon-pelakon yang berlakon menjadi mangsa dan tipu helah mereka. Bagi saya, semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka.

Setiap kartun disertakan dengan text mengenai fakta-fakta turutan peristiwa konspirasi dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib. Saya ingin menekankan bahawa semua espisod ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu. Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa turut mengeheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat.

Melalui buku kartun politik yang ke 20 ini, saya hadirkan fakta-fakta agar rakyat Malaysia fahami betapa zalimnya ulah pemerintah. Saya gesa setiap orang jangan berpeluk tubuh dan harus bangun melawan dengan cara sendiri. Ia diterbit bukan atas tujuan untuk mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggungjawab sebagai manusia untuk menyapaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah cara berkesan.

Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan, tetapi adalah sebuah tanggungjawab. Kerana itu saya harus menggunakan karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.

21 Mei 2014

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Related Posts

(ENG & BM) Amnesty International

Eng: Cartoonist Zunar has been chosen by Amnesty International as the first Malaysian for their biggest annual international campaign, ‘Write... read more

Ucapan Zunar di KLSCAH Part1

read more

[ENG/BM] The publication of my latest book, “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”

The publication of my latest book "POLITIK CACA MARBA - Kartun2 Era PN". COVID gives a negative global effect on health... read more

Zunar’s travel ban draws worldwide solidarity from International cartoonist organisations, NGOs

Below are the statements from the Cartoonist Rights Network International, The Cartooning For Peace Foundation, The Cartoon Movement, Comic Book... read more

Zunar sumbang kartun berharga RM32,000 bagi tujuan “Selamatkan Malaysia”

Zunar sumbang kartun berharga RM32,000 bagi tujuan "Selamatkan Malaysia" Zunar turut mengambil bahagian dalam acara melelong untuk sumbangan kepada tabung... read more

Berjuang melalui kartun maraton tak berpenghujung

  Daripada MalaysiaKini: http://www.malaysiakini.com/news/246121 ULASAN Pada 1 November lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan saya untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan... read more

ZUNAR’S TRIAL POSTPONED TO MARCH 9, 2016

Zunar’s trial on his nine-sedition charges has again been postponed to March 9 by the Sessions Court yesterday. The postponement... read more

The fabricating of my cartoons on social media

Zunar press release THE REPORT On 8 April 2019, I have made a report to the Malaysian Communications and Multimedia Commission regarding... read more

(Eng & BM) Zunar: Court on Book Banning: Message to Malaysian Government: Stop Cartoon-O-Phobia policy, challenge me “cartoon by cartoon” instead

English Message to Malaysian Government: Stop Cartoon-O-Phobia policy, challenge me "cartoon by cartoon" instead Even though we know that Malaysian judiciary system... read more

Zunar: Saya dijemput berucap di PBB

Pengumuman: Saya dijemput berucap di PBB Saya ingin mengumumkan bahawa saya dijemput untuk berucap dalam sebuah forum di Bangsa-bangsa-Bersatu (PBB) mengenai... read more

Porto

Porto - Expert Accounting Solutions Tailored to Your Needs—Ensuring Accuracy, Compliance, and Financial Peace of Mind.

30+

Years of Experience

About

  • Home
  • Services
  • About
  • Process
  • Projects
  • News
  • Contact

Services

  • Accounting
  • Tax Planning
  • Business Advisory
  • Payroll Management
  • Global Accounting
  • Admin Services

Newsletter

Want to receive news and updates? Enter your email.

Error: Contact form not found.

© 2026 Porto is Proudly Powered by P-Themes

  • Privacy Policy
  • Terms of Use
Check the Main Menu location in Apppearance->Menus->Display Location.
  • msBahasa Melayu
    • enEnglish