English ENG

Welcome

Sign In / Register

0Cart RM0.00
Zunar2018-05-04T18:12:43+08:00

Kentucky Poster“Berjuang Melalui Kartun” Jelajah Amerika

Saya dengan ini mengumumkan program “Berjuang Melalui Kartun” Jelajah Amerika bermula 22 Januari hingga 1

Februari 2014. Acara utama ialah di Kentucky. Saya akan memberi ucaptama di “Syarahan Tahunan mengenai Demokrasi Asia” di University of  Louisville. Acara berlangsung pada 22 Januari, Rabu, 7 petang di Brown & Williamson Club di Papa John’s Stadium.

Saya akan mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh saya sebagai kartunis politik di negara penindasan seperti di  Malaysia. Mereka akan diberitahu mengenai penahanan saya di bawah Akta Hasutan, pengharaman buku-buku komik saya, dan tekanan ke atas pencetak dan pekedai.

Saya juga akan menyentuh mengenai isu-isu penting seperti kekangan terhadap hak asasi di Malaysia, begitu juga isu-isu penting seperti pembunuhan Altantuya, skandal Scorpene, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, isu rasuah dan kontroversi isu nama Allah.

Menurut maklumat dari pihak universiti, saya adalah orang ketiga dipilih untuk menyampaikan ucapan di acara tahunan ini. Pemidato sebelum ini ialah aktivis Hak Asasi China yang dipenjara 18 tahun, Harry Wu (2013) dan bekas Duta Amerika ke Burma, Derek James Mitchell (2012).

Di samping itu, saya juga akan mengendalikan beberapa kelas melukis kartun untuk pelajar-pelajar seni dan media universiti tersebut.  Pameran solo kartun saya juga akan diadakan di situ. Pameran saya sebelum ini ialah di Bilbao (Sepanyol), London dan Shah Alam, Selangor

Bagi saya, pengiktirafan yang diberikan oleh University of  Louisville merupakan penyuntik semangat kepada saya untuk melipatgandakan agenda “Berjuang Melalui Kartun”. Perlu dicatitkan bahawa saya tidak dibenarkan memberi syarahan di universiti di Malaysia!

KENYATAAN Pengarah Pusat Demokrasi Asia, University of  Louisville Dr Jason P. Abbott.

Syarahan Tahunan Pusat Demokrasi Asia disampaikan setiap tahun oleh individu yang terlibat secara langsung dalam perjuangan demokrasi, yang mempromosi reformasi politik di Asia. Tahun ini ia akan disampaikan oleh kartunis politik Malaysia, Zunar.

Dakwaan Akta Hasutan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia terhadap Zunar, menggambarkan penggunaan undang-undang yang mencengkam untuk mengekang kebebasan oleh kerajaan Malaysia. Ia juga menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan kebebasan bersuara tidak hanya diperjuangkan oleh para aktivis, tetapi juga oleh artis, pelawak dan kartunis.

http://louisville.edu/asiandemocracy

Destinasi seterusnya ialah Washington DC di mana saya akan mengadakan sesi dialog dan promosi buku di sebuah gedung buku terkenal, Busboys and Poets. Saya akan memfokus tema yang sama, “Berjuang Melalui Kartun” dan memberi respon terhadap soalan-soalan dari warga tempatan dan Malaysia. Acara ialah pada 29 Januari, dari 7 ptg – 9 mlm.  Saya akan mempromosi buku terbaru saya, “The Pirate of the Carry-BN”. Ini adalah promosi buku pertama saya di kedai buku dan anehnya ia berlangsung di luar Malaysia!

 

 

Comments (2)

  • Zunar Cartoonist (@zunarkartunis) Januari 15, 2014 Reply

    Mengumumkan “Berjuang Melalui Kartun” Zunar Jelajah Amerika http://t.co/97lcbFoi8X http://t.co/ZW0JJ016Ry

  • Kartun Lucu Januari 30, 2014 Reply

    Memang seharusnya pemerintah yang berwenang tidak terlalu membatasi kebebasan warganya. Karena bila kran kebebasan disumbat, akan menjadikan pemerintah menjadi anti-kritik.

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Related Posts

Event: Pelancaran Menifesto Rakyat versi kartun oleh Zunar dan Kumpulan Kartunis Independen (KKI)

The launching of People's Manifesto in cartoon versions by Zunar and Independent CartoonistGroup (KKI) in PKR HQ March 14, 2013 Pelancaran Menifesto Rakyat versi kartun oleh Zunar dan Kumpulan Kartunis Independen (KKI) di... read more

VIDEO & KARTUN.. “Kemerdekaan hanyalah pesta bendera” – Zunar

https://youtu.be/uG6B26At-mY Zunar menyampaikan message tentang kepentingan sistem pendidikan di negara kita sebagai tunjang sebenar dalam menjadikan negara kita sebuah negara yang... read more

Malaysia: Drop charges against cartoonist Zunar

ARTICLE 19 has joined together with English PEN, Index on Censorship, Media Legal Defence Initiative, and PEN International to write... read more

[ENG/BM] The publication of my latest book, “POLITIK CACA MARBA – Kartun2 Era PN”

The publication of my latest book "POLITIK CACA MARBA - Kartun2 Era PN". COVID gives a negative global effect on health... read more

Announcing “Kartun Anti Racism”, my first cartoon book since Malaysia Baharu era.

I would like to announce the release of my new book, titled “Kartun Anti Rasicm." It is published in two... read more

Zunar’s Statement: Support from celebrated artists / activists boosted me

The fight through cartoons receives new level of morale booster when celebrated artists and activists around the world rally... read more

Cartoon book as a ‘gift’ to Malaysian judges

28 Nov 2013: Zunar has sent his latest cartoon book, "Pirates of the Carry-BN" a special 'gift' to Court... read more

COURT UPDATE High Court rejects travel ban challenge. 

29 Nov 2017: The Kuala Lumpur High Court has dismissed my application to challenge the travel ban, which was imposed... read more

Event: Ceramah Zunar bersama Brig Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Al-Khatab

Ceramah 15 Mac, 9 malam, Palm Groove, Klang. Zunar bersama Brig Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Al-Khatab, Adun Sekinchan Ng... read more

DEPLORABLE HARASSMENT AGAINST ZUNAR AND HIS TEAM

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) decries the unrelenting harassment and persecution by government against political cartoonist Zulkifli Anwar Ulhaque, or better... read more

Porto

Porto - Expert Accounting Solutions Tailored to Your Needs—Ensuring Accuracy, Compliance, and Financial Peace of Mind.

30+

Years of Experience

About

  • Home
  • Services
  • About
  • Process
  • Projects
  • News
  • Contact

Services

  • Accounting
  • Tax Planning
  • Business Advisory
  • Payroll Management
  • Global Accounting
  • Admin Services

Newsletter

Want to receive news and updates? Enter your email.

Error: Contact form not found.

© 2026 Porto is Proudly Powered by P-Themes

  • Privacy Policy
  • Terms of Use
Check the Main Menu location in Apppearance->Menus->Display Location.
  • msBahasa Melayu
    • enEnglish