Zunar’s press and non-press statements
Keputusan mahkamah: Kerajaan rasuah takut kartun
Kenyataan oleh kartunis politik, Zunar
1 NOV 2013 Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan saya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas yang memutuskan bahawa tindakan polis menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan komik "Cartoon-O-Phobia" adalah sah di sisi undang-undang. Dalam serbuan di pejabat saya pada September 2010, polis juga merampas 66 naskah buku tersebut.
Ketiga-tiga hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, Mohd Arif Md Yusof dan David Wong juga memutuskan bahawa rampasan buku saya bagaimanapun tidak sah dan polis diperintah membayar ganti rugi dan memulangkan semula buku-buku tersebut kepada saya.
Pada saya, keputusan ini tidak dapat diterima dan kelakar. Bagaimana mungkin mahkamah boleh menyatakan bahawa penangkapan saya sah, manakala rampasan buku saya "Cartoon-O-Phobia" boleh menjadi tidak sah?
Perlu diingatkan bahawa saya adalah pelukis dan pengarang buku tersebut. Jika buku itu tidak salah dari segi undang-undang dan tidak diharamkan, apakah kesalahan yang telah saya lakukan?
Hakim berkata bahawa polis mempunyai hak untuk mensyaki, tetapi apa yang mereka tidak faham ialah sebarang syak wasangka mesti mumpunyai asas. Apa lojiknya polis boleh menganggap buku kartun saya mempunyai kandungan hasutan dan menangkap saya di bawah Akta Hasutan?
Ketika penahanan dibuat, "Cartoon-O-Phobia" baru saja selesai dicetak dan belum lagi beredar di pasaran. Oleh itu, sekiranya pihak polis mempunyai sebarang syak, mereka boleh mendapatkan buku tersebut, semak kandungannya, istihar ianya haram dan kemudian dakwa saya.
Untuk menangkap saya sebelum mengethui isi kandungan buku itu adalah penyalahgunaan kuasa yang terang. Keadilan semula jadi yang berpaksi kepada "setiap orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" dipinggirkan oleh para hakim.
Dengan menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku komik, menunjukkan kerajaan mengkategorikan bahawa melukis kartun politik di Malaysia adalah satu jenayah. Dan tidak memeranjatkan, hakim-hakim mengesahkannya.
Saya akan menghadiahkan tiga buah buku terbaru saya kepada ketiga-tiga hakim supaya mereka boleh memahami kartun. Sekiranya hakim tidak memahami kartun, bagaimana kartunis boleh mendapat keadilan?
Penghakiman terbaru ini adalah sebahagian skrip besar oleh kerajaan untuk menghentikan saya dari terus melukis bagi mendedahkan rasuah dan salah laku mereka. Sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan tujuh buku kartun saya, menyerbu pejabat saya, manakala kilang-kilang dan pekedai-pekedai diberi amaran supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku saya.
Kerajaan rasuah takut kepada kartun. Perjuangan melalui kartun akan diteruskan!
LATARBELAKANG
Saya mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana ‘tangkapan berniat jahat’ yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya ketika itu, "Cartoon-O-Phobia” pada September 2010. Dalam kejadian itu, saya turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas. Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa penahanan tersebut adalah sah. Dalam saman tersebut, saya menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan. Saya diwakili peguam R Sivarasa.
1 Nov 2013
Zunar
Kartunis politik
Pemenang anugerah keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial CRNI, Washington

My latest cartoon book,"Lawak & Lawan" To Protest The Printing Presses and Publications Act My latest cartoon book, Lawak & Lawan (Fun & Fight) is produced to protest the Printing Presses and Publications Act 1984 (PPPA).
Among cited in this Act under section, 11 (2) requires the name of the printer to be printed in each publication. Failure to comply can be punished with imprisonment not exceeding one year and a fine not exceeding RM5000 or both. Before this I have always complied the requirements by the Act to include the name of the printer in my books.
What happens from that is that the printers, often times, get raided by the authorities. For example, back in 2009, the printer who printed "Gedung Kartun" was raided by the Home Ministry officials. In 2010, the printer who printed "Cartoon-O-Phobia" was raided by 20 policemen. In the raid, they searched the place and seized the printing plates.
It was reported that the printers were threatened that their licenses will be revoked if they continue printing my books in the future. There were also reports of these ministry officers demanding money. The actions by the government had instilled fear in the printers from printing my books. For the book prior to this, "1 Moolaysia", I had to search around Kuala Lumpur, Selangor, Seremban and Penang for theree months before finally found a brave printer who was willing to print my books.
These events proved that the requirement by the PPPA to include the printer's name in books is used by the government not for the purpose of controlling but more of restricting freedom of speech by 'killing' books and printed materials that are critical of the BN government. Due to that, I have deleted the name of the printer in my new book "Lawak & Lawan" as a protest.
I know this would be contrary to the law, but I have a moral obligation to fight against draconian laws such as the PPPA.
I am ready to face legal risk for my action. I also know that, as a result, this book will be tough to sell since it cannot be sold in public premises, but I am also willing to bear that risk. On-line sales of "Lawak & Lawan" can be made through my websitehttp://zunarcartoonist.com/. Bilingual version (English and Bahasa Malaysia, 108 pages), RM25.00 per book.
Kata manusia paling bijak Abad ke-20, jika kita gagal menjelaskan sesuatu perkara sehingga dapat difahami anak berusia 12 tahun, kita sebenarnya tidak memahami perkara tersebut. Betapa kompleksnya isu, jalinannya boleh dirungkaikan sehingga lurus oleh orang yang benar-benar menguasainya. Mungkin atas sebab itu, badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan kerjasama kartunis politik terkenal, Zunar mengambil inisiatif menerbit buku 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene'.
Suaram sebagai entiti bertanggungjawab memecahkan peti besi skandal pembelian kapal selam Scorpene yang ditutup pemerintah negara sebelum menyerahkannya kepada Mahkamah Perancis tentulah menguasai setiap hal yang berkaitan dengan skandal itu.
Buku setebal 32 halaman ini memuatkan rentetan peristiwa penting skandal yang menggemparkan itu. Bermula dengan watak Pak Monggol, isteri dan Tuan Penasihat berangkat ke melawat ke Paris hinggalah kepada perbicaraan di Mahkamah Perancis yang menyenaraikan tujuh saksi utama - kebanyakannya sosok dikenali dan berpengaruh Malaysia.
Ia dilancarkan pada 29 November lalu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Majlis yang sederhana, di dalam dewan kecil yang menyediakan 119 kerusi di tingkat satu. Di dewan utama, ada acara keraian sebuah majalah fesyen dan gaya hidup tempatan yang dihadiri selebriti terkenal.
Tetapi semangatnya sama sekali tidak sederhana. Hadirin terdiri dari orang awam, rakan dan keluarga yang menyokong hinggalah kepada tokoh-tokoh yang berkongsi tujuan sama - melawan kebiadapan pemerintah. Pak Samad memberi penghormatan dengan melancarkan 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene'.
Seperti kata-kata Zunar pada malam itu, "Baca buku saya dan gelak guling-guling - lepas gelak kita gulingkan kerajaan". 32 halaman dihiasi ilustrasi yang bukan sekadar mencuit hati, malah menjentik rasa pembaca untuk ketawa dan pada masa sama meludah pemimpin-pemimpin negara yang tanpa rasa bersalah menghancurkan amanah yang diberi rakyat kepada mereka.
Meruntuhkan tembok kerumitan
Ketika era Reformasi dahulu, ilustrasi Dr Mahathir bersama hidung besarnya berjaya menonjolkan imej diktator mantan Perdana Menteri paling lama itu. Kini, isteri 'Pak Monggol' menjadi mangsa seterusnya, dengan rambut mengerbang dan cincin sebesar penumbuk menggambarkan perwatakannya yang boros dan gemar bermewah-mewah.
Tetapi lebih sekadar itu, setiap halaman menceritakan dengan mudah tentang peristiwa yang berlaku. Lepas daripada hal-hal kompleks yang mungkin membuatkan ramai berhenti dari cuba memahami.
Memang, bukan semua dapat memahami bagaimana wang berbilion ringgit berpindah tangan dan bertukar negara seperti Hong Kong dan Malta, proses perundangan meragukan di mahkamah Malaysia, sepina yang dikeluarkan Mahkamah Perancis dan kaitan kes ini dengan penjualan dokumen rahsia Kementerian Pertahanan Malaysia kepada syarikat Perancis.
Justeru, selain simbol seperti kapal selam yang gagal menyelam dan imej wajah pucat Altantuya Shariibuu, ilustrasi sinis tentang kes ini penting untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus meruntuhkan tembok kerumitan yang menghalang hal-hal mustahak seperti rasuah dan pembunuhan dari merebak ke dalam fikiran, seterusnya dibincangkan di kopitiam dan beranda surau usai solat jemaah.
Mentertawakan 'makhluk suci'
Pergilah ke mana-mana negara yang menyunjung kebebasan kreativiti, kita akan dapat melihat, membaca dan mendengar politikus ditertawakan. Termasuk dari pihak pemerintah. Menerusi televisyen pada waktu perdana. Ia adalah satu budaya masyarakat kritikal yang sentiasa peka mengenai pentadbiran tanah airnya. Tetapi jangan harap hal seumpama berlaku di Malaysia. Entah kenapa, politikus dianggap sebagai makhluk suci. Bukan sekadar kritik terbuka, ketawa terbuka pun dilarang.
Menurut ajaran Ulama Muda Umno, kritikan terhadap pemimpin negara dibolehkan, tetapi mseti dibisikkan terus kepada pemimpin tersebut. Tetapi bolehkah ketawa dengan nada bisikan sahaja?
Sabtu lalu (1 Desember) adalah hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-66. Pasti ramai di antara kita yang mengikuti ucapan-ucapan, dari pemimpin tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi. Bayangkan sumber komedi yang boleh digunakan oleh pelawak-pelawak malaysia yang ramai ini. Peristiwa perwakilan Umno menangis ketika mendengar lagu 'Anak Kecil Main Api' misalnya. Namun adakah kita akan dapat melihat ia disentuh dalam rancangan Maharaja Lawak Mega minggu ini? Pastinya tidak. Mereka ada perut yang ingin diisi, perlu terus muncul di kaca tv.
Zunar adalah salah satu pengecualian dalam penganiayaan kreativiti ini. Sebab itu jugalah, banyak buku-bukunya diharamkan dan dirampas Kementerian Dalam Negeri.
Buku terbaru ini juga mungkin sedang menunggu giliran, kerana lakaran dan dialog yang dimuatkan tidak kurang tajamnya. Dari babak Pak Monggol mengunjungi bilik pameran syarikat kapal selam DCNS hinggalah kepada momokan slogan pemerintah, 'Janji Ditepati'.
"Sebaik sahaja bangun tidur, hidup kita sudah ceria kerana mesti ada menteri yang melawak. Pada satu hari, saya tidak tahu nak lukis apa kerana terlalu banyak bahan," kata Zunar lagi pada malam itu. Jika pelawak di Malaysia 'dibenarkan' mengambil pendekatan sama, tentulah mereka tidak perlu mengitar semula lawak-lawak bodoh memualkan yang kita lihat saban hari di televisyen.
Mentertawakan pemimpin adalah amalan yang sihat. Terutama di sebuah negara seperti Malaysia. Sesiapa pun akan merasa sesak untuk menyumpah-seranah dan mencaci-maki setiap kali perilaku jelik pemimpin dibogelkan. Air liur juga pastinya akan kering untuk diludahkan. Jadi marilah kita sama-sama ketawa - ketawa yang berisi amaran, dan jangan sesekali berdiam.