(Eng & BM) Zunar launches “Melukis Dengan Hati” autobiography book
Melukis Dengan Hati – My Side of the Story
Have you ever reached a point in your life where you want to stop for a while and look back to reminisce the journey? Yesterday was that day for me. Time stood still for a while, and some of the craziest memories flashed right before my eyes.
Hello guys! This isn’t Zunar himself, but rather his web developer, Shah, speaking. Today, I’m writing this blog post as a creative way to make this official announcement. This is also my first time appearing on public on behalf of Zunar himself.
This was a historic moment – the day when the autobiography of one of Malaysia’s national heroes was launched. Congratulations, Zunar, on this most auspicious day of your life.
Very few people know my role behind Zunar, and I’ve not spoken much publicly about it. Some of you reading this have been a critical part of this journey and know what I had to endure. Being the digital shadow of one of the most satirical cartoonists in the nation is no small feat. But above all, building a national digital archive of an icon carries its own challenges, aside from the more obvious risks.
This website goes beyond just being a gallery of cartoons. Leaving a digital footprint along with a trail of alibi to prove authenticity requires deep understanding of technology – and appreciation of art. It means building a platform while simplifying it for a not-so-geeky artist who already has a schedule probably as packed as our PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, who officiated this important event. Trust me, that’s not even an exaggeration.
So when an entire chapter gets written about me in a book that becomes a part of Malaysia’s historical archive – and I happen to be the only one who can validate the authenticity of what was written – it’s a very proud moment for someone who has always worked behind the scenes.
And it couldn’t have been told any better. Every single word is true to the core. From DDoS attacks and hijack attempts to legal battles and sudden massive spikes in visitors – I’ve seen it all. The chapter tells the story of a journey that many IT staff go through every day but are rarely acknowledged for.
This is what makes Zunar different and loved. While fighting his own battles, he still played the father figure and stood by me through every thick and thin.
Zunar.my is something I built out of love and passion for what I enjoy – programming. I won’t give any spoilers, so you’ll have to read how it all started in the book 😁. But being able to relate to the joy of doing something wholeheartedly – just like Zunar, who draws with his heart (Melukis Dengan Hati) is a reminder to all of us to be the best version of ourselves while pursuing our dreams.
Indeed, art is not just a gift; it’s a responsibility. Some of us don’t have the gift of drawing, like me, who can only admire when Zunar picks up the pen and starts scribbling his ideas. But that doesn’t mean I’m not gifted or don’t have responsibilities. They’re just different. And when we see the pain and hardship behind others’ responsibilities, we begin to count our blessings.
Congratulations to Pustaka Raja Tun Uda on the anniversary too. 22 July 2025 just became an even more important and meaningful date with the launch of this book. It was an honor to witness the beautiful journey behind its history.
Now, I would like to take this opportunity to thank Zunar’s Patreon supporters. Some of you have been supporting him for years – silently. Every single cent contributed goes into the operation and maintenance of this website. Zunar’s digital archive is massive. The database, files, and mail archives are huge, and everything runs on donations and contributions from you silent, cape-less heroes. Thank you – to the moon and back.
I would also like to thank everyone who purchased products from this website – whether during Zunar’s darkest times or brightest days. However, at the moment, I have suspended the sale of physical products on the website, as they’ve been preserved as historical items and moved to a dedicated inventory. The digital book is, and always will be, available to everyone who purchased it.
To Zunar, once again, congratulations on the launch of Melukis Dengan Hati. Teruskan berkarya sehingga ke titisan dakwat terakhir. Saya akan berada di sisi sehingga ketikan papan kekunci terakhir saya juga.
To the readers, if you wish to purchase this book, please click this link.
With love,
Shah
Zunar.my Web Developer
Melukis Dengan Hati – Kisah Dari Pihak Saya
Pernah tak anda sampai ke satu tahap dalam hidup di mana anda rasa nak berhenti sekejap dan menoleh ke belakang untuk mengenang perjalanan yang telah dilalui? Semalam adalah hari itu bagi saya. Masa terasa seperti terhenti seketika, dan beberapa kenangan paling gila melintas di depan mata saya.
Hello guys! Ini bukan Zunar sendiri, tetapi pembangun laman web beliau, Shah, yang bercakap. Hari ini, saya menulis entri blog ini sebagai satu cara kreatif untuk membuat pengumuman rasmi ini. Ini juga kali pertama saya tampil secara terbuka mewakili Zunar sendiri.
Ini adalah detik bersejarah – hari di mana autobiografi salah seorang wira negara Malaysia telah dilancarkan. Tahniah Zunar atas hari yang sangat bermakna dalam hidup anda ini.
Tak ramai yang tahu peranan saya di sebalik Zunar, dan saya jarang bercakap tentangnya secara terbuka. Ada antara anda yang sedang membaca ini merupakan sebahagian penting dalam perjalanan ini dan tahu apa yang saya terpaksa lalui. Menjadi bayang digital kepada salah seorang kartunis satira paling lantang di negara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi yang paling penting, membina arkib digital kebangsaan untuk seorang ikon mempunyai cabaran tersendiri, selain risiko yang sudah pun jelas.
Laman web ini lebih daripada sekadar galeri kartun. Meninggalkan jejak digital bersama bukti dan alibi untuk membuktikan keaslian memerlukan pemahaman teknologi yang mendalam – dan penghargaan terhadap seni. Ia bermakna membina sebuah platform sambil memudahkannya untuk seorang seniman yang tidak begitu celik teknologi, dan mempunyai jadual harian yang mungkin sesibuk PMX kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang telah merasmikan acara penting ini. Percayalah, ini bukan jenaka.
Jadi bila satu bab penuh ditulis tentang saya dalam sebuah buku yang kini menjadi sebahagian daripada arkib sejarah negara – dan saya kebetulan satu-satunya yang boleh mengesahkan keaslian apa yang ditulis – itu merupakan detik yang sangat membanggakan bagi seseorang yang selama ini bekerja di belakang tabir.
Bab ini pula tidak boleh diceritakan dengan lebih baik daripada penulisan dalam buku tersebut. Setiap patah perkataan adalah benar sepenuhnya. Daripada serangan DDoS dan cubaan penggodaman hinggalah ke cabaran undang-undang dan lonjakan trafik pelawat yang tiba-tiba – saya dah lalui semuanya. Bab ini menceritakan kisah perjalanan yang ramai staf IT alami setiap hari, tetapi jarang dihargai.
Inilah yang membezakan Zunar dengan yang lain dan sebab kenapa beliau disayangi. Dalam menghadapi perjuangannya sendiri, beliau tetap memainkan peranan sebagai figura ayah dan berada di sisi saya dalam setiap susah dan senang.
Zunar.my adalah sesuatu yang saya bina dengan cinta dan minat terhadap perkara yang saya suka – pengaturcaraan. Saya takkan berikan spoiler, jadi anda kena baca sendiri bagaimana semuanya bermula dalam buku tu 😁. Tapi, memahami kegembiraan dalam melakukan sesuatu dengan sepenuh hati – seperti Zunar yang melukis dengan hatinya (Melukis Dengan Hati) – adalah satu peringatan kepada kita semua untuk jadi versi terbaik diri sendiri dalam mengejar impian kita.
Memang benar, seni bukan sekadar satu anugerah; ia adalah satu tanggungjawab. Ada antara kita yang tidak memiliki bakat melukis, macam saya, yang hanya mampu kagum setiap kali Zunar capai pen dan mula mencoretkan ideanya. Tapi itu tidak bermakna saya tak berbakat atau tiada tanggungjawab. Cuma bentuknya berbeza. Dan apabila kita melihat kesusahan dan cabaran di sebalik tanggungjawab orang lain, barulah kita mula menghargai nikmat yang kita ada.
Tahniah juga kepada Pustaka Raja Tun Uda sempena ulang tahunnya. 22 Julai 2025 kini menjadi tarikh yang lebih penting dan bermakna dengan pelancaran buku ini. Ia merupakan satu penghormatan untuk menyaksikan perjalanan indah di sebalik sejarahnya.
Sekarang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Patreon Zunar. Ada antara anda yang telah menyokong beliau bertahun-tahun – secara senyap. Setiap sen yang disumbangkan digunakan untuk operasi dan penyelenggaraan laman web ini. Arkib digital Zunar sangat besar. Pangkalan data, fail, dan arkib emel semuanya besar, dan semuanya dijalankan melalui sumbangan serta sokongan anda – para perwira senyap. Terima kasih yang tidak terhingga.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membeli produk dari laman web ini – sama ada waktu zaman paling gelap Zunar atau ketika hari-hari terindah. Namun buat masa ini, jualan produk fizikal di laman web telah saya hentikan buat sementara waktu kerana ia telah dipelihara sebagai bahan sejarah dan telah dipindahkan ke inventori khas. Buku digital masih, dan akan sentiasa, tersedia untuk semua yang telah membelinya.
Kepada Zunar, sekali lagi, tahniah atas pelancaran Melukis Dengan Hati. Teruskan berkarya sehingga ke titisan dakwat terakhir. Saya akan berada di sisi sehingga ketikan papan kekunci terakhir saya juga.
Kepada para pembaca yang dikasihi, jika anda berminat untuk membeli buku ini, sila klik pautan ini.
Dengan kasih,
Shah
Pembangun Laman Web Zunar.my