KEMPEN ANTARABANGSA SOKONGAN KEPADA ZUNAR
Sebuah NGO yang berpangkalan di Washington, Rangkaian Hak Kartunis Antarabangsa (CRNI) telah melancarkan kempen bagi menyokong kartunis politik Zunar, yang kini menghadapi tekanan baru oleh kerajaan Malaysia di bawah undang-undang drakonian, Akta Hasutan.
Termasuk dalam muka surat kempen tersebut ialah berita terbaru mengenai tekanan kerajaan, mesej dari Pengarah Eksekutif CRNI Dr. Robert Russell dan surat protes kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara.
Untuk maklumat lanjut, sila ke link ini. http://cartoonistsrights.org/zunar-battling-new-sedition-charge/
Disertakan di sini adalah mesej dari Dr. Robert Russell yang dipetik dari muka surat kempen itu:
Mesej dari Pengarah Eksekutif Cartoonists Rights Network International (Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa), Washington, Dr. Robert Russell(Terjemahan bebas)
KERAJAAN Malaysia sewajarnya diberi ucapan tahniah kerana dengan sendirinya berusaha mencipta wira yang baru. Sungguh luar biasa bagaimana seorang yang hanya memegang pena boleh memacu pencapaian di Malaysia.
Selama lebih lima tahun, Zunar telah menjadi duri dalam daging kepada kerajaan – dia membongkar dan menggambarkan salah laku pemimpin negara yang sedang diambang kegagalan. Kartun-kartun beliau memfokus kepada korupsi, kronisma, ketidak-telusan, sogokan, nepotisma, penipuan pilihanraya dan segala jenis imbuhan yang didalangi ahli-ahli politik.
Lukisan Zunar boleh digunakan sebagai peringatan kepada kroni-kroni bagi negara-negara yang gagal yang berhasrat menjarah kekayaan rakyat.
Zunar sewajarnya dihargai di peringkat antarabangsa dan juga dalam negeri sebagai seorang patriot dan wira. Setiap warga Malaysia harus faham bahawa dia telah melakukan pengorbanan bagi pihak semua orang dan itu dilakukan demi kehormatan negara Malaysia atas keluhuruhan Perlembagaan.
Selama lebih 20 tahun, saya memantau aktiviti kartunis politik (di seluruh dunia) yang mendapat kekangan kerajaandisebabkan pengaruh dan kekuasaan karya-karya mereka. Saya sentiasa kagum dengan mereka. Bukan semua punyai dinamika, berkobar dan konsisten seperti Zunar, tetapi mereka mempamerkan keberanian dan maruah yang patut diteladani umat manusia.
Satiris Amerika, Mark Twain pernah mengungkap, “tiada yang mempu menahan kuasa ketawa.” Zunar bersama rakan-rakannya yang menerima tekanan adalah wira-wira demokrasi moden.
Jika pemimpin Malaysia benar-benar faham apa yang sedang dihadapi, mereka patut biarkan saja. Mereka patut membenarkan Zunar menerbitkan kartunnya – dengan itu, dengan sendirinya menghentikan semua berita mengenai betapa tidak beretika dan tidak demokratiknya penapisan di Malaysia. Seperti kata orang, “anda tidak boleh menjadi terlalu kurus atau terlalu kaya.” Kartun-kartun Zunar memberi jaminan kepada kita bahawa pemimpin-pemimpin Malaysia pasti tidak kurus, tetapi mereka mungkin terlalu kaya.
Kisah Zunar adalah satu pelajaran menarik mengenai kuasa seseorang individu. Bila saja seseorang bertanya soalan dungu mengenai, “Apa yang dapat saya lakukan?.” Jawapannya ialah anda boleh lakukan apa yang Zunar lakukan. Anda boleh lakukan apa yang Malalla lakukan. Anda boleh lakukan apa yang Mahatma Gandhi lakukan.
Semoga selamat Zunar. Malaysia memerlukan kamu. Dunia memerlukan kamu.
Dr Robert Russell
Pengarah Eksekutif
Cartoonists Rights Network International
(Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa)
LATAR BELAKANG
Tindakan terbaru adalah serangan terbesar yang dilakukan oleh kerajaan terhadap Zunar.
Sebelum ini, pihak kerajaan, selain dari Zunar hanya menyerbu pekedai, pengilang dan penerbit. Tetapi kali ini mereka juga turut menggangu dan mengugut penjual, pengendali laman web dan pembeli online. Sebelum ini, lebih dari 500 buah buku-buku kartun Zunar telah dirampas. Pengilang dan pekedai diugut dan diberi amaran bahawa lesen perniagaan mereka akan ditarik balik sekiranya terus mencetak dan menjual buku Zunar.
Terbaru, pada 6 November 2014, tiga pembantu Zunar telah ditangkap dan disiasat di Balai Polis Putrajaya kerana menjual buku kartun bertajuk “Konspirasi Memenjarakan Anwar” dan “Pirate of the Carry-BN “.
Dalam tangkapan itu, sebanyak 44 buah buku turut dirampas oleh polis. Pada 12 November 2014, pengendali laman web telah rasmi Zunar (zunar.my) pula dipanggil polis untuk disoal siasat. Polis juga meminta syarikat pengendali urusniaga penjualan, MOLpay untuk menyerahkan senarai nama-nama pembeli yang membeli buku Zunar secara online.
Selain itu, Zunar sendiri pada 20 November lepas telah disoal siasat di balai polis Dang Wangi di bawah Akta Mesin Cetak dan Akta Penerbitan, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan kerana menerbitkan buku-buku kartun tersebut. Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Zunar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun — sebelum ini, pada September 2010, dia telah ditangkap dan dilokap untuk dua hari.
Sebagai tambahan, lima judul buku Zunar bertajuk “Perak Darul Kartun”, “1 Funny Malaysia”,”Isu Dalam Kartun” Vol. 1, 2 dan 3 telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri dari 2009 hingga 2010.
Zunar adalah penerima anugerah “Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial” oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).
Categories
- #kartunzunar (4)
- Activities (84)
- Animations (22)
- Courts & Charges (70)
- News (199)
- Statements (95)
Buy My Merchandise
-
Politik Caca Marba - Kartun2 Era PN
Rated 4.00 out of 5RM30.00
- Hello Mr. Peng Khia Nutt [Digital Book] RM10.00
-
Zunar Cartoon Bundle Pack
RM180.00Original price was: RM180.00.RM90.00Current price is: RM90.00. - Kartun Anti Racism (KAR) RM30.00
- [Even My Pen Has A Stand] Black Short Sleeve T-Shirt by Zunar RM30.00
- [Even My Pen Has A Stand] White Short Sleeve T-Shirt by Zunar RM30.00