(BM) ZUNAR: Mengumumkan penerbitan buku kartun baru “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip.”
ZUNAR: Mengumumkan penerbitan buku kartun baru “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip.” SAYA mengumumkan penerbitan buku kartun terbaru berbentuk pendedahan berjudul “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip” yang akan berada di pasaran segera. Buku ini setebal 52 muka surat ini mengandungi 50 kartun-kartun baru yang disertakan dengan text dan fakta mengenai perancangan kotor dan fitnah kerajaan BN serta tokoh-tokoh yang merancang untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia diterbitkan dalam dua versi, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku ini hanya dijual dengan harga pasaran RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarkan fakta dan mesej yang terkandung di dalamnya. Melalui buku ini, saya mendedahkan peranan tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, pelakon-pelakon yang berlakon menjadi mangsa dan tipu helah mereka. Bagi saya, semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka.
Setiap kartun disertakan dengan text mengenai fakta-fakta turutan peristiwa konspirasi dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib. Saya ingin menekankan bahawa semua espisod ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu. Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa turut mengeheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat.
Melalui buku kartun politik yang ke 20 ini, saya hadirkan fakta-fakta agar rakyat Malaysia fahami betapa zalimnya ulah pemerintah. Saya gesa setiap orang jangan berpeluk tubuh dan harus bangun melawan dengan cara sendiri. Ia diterbit bukan atas tujuan untuk mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggungjawab sebagai manusia untuk menyapaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah cara berkesan.
Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan, tetapi adalah sebuah tanggungjawab. Kerana itu saya harus menggunakan karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.
21 Mei 2014
Related Posts
Leave a Reply Cancel reply
Categories
- #kartunzunar (4)
- Activities (84)
- Animations (22)
- Courts & Charges (70)
- News (199)
- Statements (95)
Buy My Merchandise
-
Politik Caca Marba - Kartun2 Era PN
Rated 4.00 out of 5RM30.00
- Hello Mr. Peng Khia Nutt [Digital Book] RM10.00
-
Zunar Cartoon Bundle Pack
RM180.00Original price was: RM180.00.RM90.00Current price is: RM90.00. - Kartun Anti Racism (KAR) RM30.00
- [Even My Pen Has A Stand] Black Short Sleeve T-Shirt by Zunar RM30.00
- [Even My Pen Has A Stand] White Short Sleeve T-Shirt by Zunar RM30.00