English ENG

Welcome

Sign In / Register

0Cart RM0.00
Zunar2018-05-04T18:12:47+08:00

Kenyataan oleh kartunis politik, Zunar

komik_cartoon_o_phobia_zunar

1 NOV 2013 Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan saya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas yang memutuskan bahawa tindakan polis menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan komik “Cartoon-O-Phobia” adalah sah di sisi undang-undang. Dalam serbuan di pejabat saya pada September 2010, polis juga merampas 66 naskah buku tersebut.

Ketiga-tiga hakim Abdul Aziz Abdul Rahim, Mohd Arif Md Yusof dan David Wong juga memutuskan bahawa rampasan buku saya bagaimanapun tidak sah dan polis diperintah membayar ganti rugi dan memulangkan semula buku-buku tersebut kepada saya.

Pada saya, keputusan ini tidak dapat diterima dan kelakar. Bagaimana mungkin mahkamah boleh menyatakan bahawa penangkapan saya sah, manakala rampasan buku saya “Cartoon-O-Phobia” boleh menjadi tidak sah?

Perlu diingatkan bahawa saya adalah pelukis dan pengarang buku tersebut. Jika buku itu tidak salah dari segi undang-undang dan tidak diharamkan, apakah kesalahan yang telah saya lakukan?

Hakim berkata bahawa polis mempunyai hak untuk mensyaki, tetapi apa yang mereka tidak faham ialah sebarang syak wasangka mesti mumpunyai asas. Apa lojiknya polis boleh menganggap buku kartun saya mempunyai kandungan hasutan dan menangkap saya di bawah Akta Hasutan?

Ketika penahanan dibuat, “Cartoon-O-Phobia” baru saja selesai dicetak dan belum lagi beredar di pasaran. Oleh itu, sekiranya pihak polis mempunyai sebarang syak, mereka boleh mendapatkan buku tersebut, semak kandungannya, istihar ianya haram dan kemudian dakwa saya.

Untuk menangkap saya sebelum mengethui isi kandungan buku itu adalah penyalahgunaan kuasa yang terang. Keadilan semula jadi yang berpaksi kepada “setiap orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” dipinggirkan oleh para hakim.

Dengan menangkap saya di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku komik, menunjukkan kerajaan mengkategorikan bahawa melukis kartun politik di Malaysia adalah satu jenayah. Dan tidak memeranjatkan, hakim-hakim mengesahkannya.

Saya akan menghadiahkan tiga buah buku terbaru saya kepada ketiga-tiga hakim supaya mereka boleh memahami kartun. Sekiranya hakim tidak memahami kartun, bagaimana kartunis boleh mendapat keadilan?

Penghakiman terbaru ini adalah sebahagian skrip besar oleh kerajaan untuk menghentikan saya dari terus melukis bagi mendedahkan rasuah dan salah laku mereka. Sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan tujuh buku kartun saya, menyerbu pejabat saya, manakala kilang-kilang dan pekedai-pekedai diberi amaran supaya tidak mencetak dan menjual buku-buku saya.

Kerajaan rasuah takut kepada kartun. Perjuangan melalui kartun akan diteruskan!

LATARBELAKANG

Saya mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana ‘tangkapan berniat jahat’ yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru saya ketika itu, “Cartoon-O-Phobia” pada September 2010.

Dalam kejadian itu, saya turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas. Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa penahanan tersebut adalah sah.

Dalam saman tersebut, saya menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.

Saya diwakili peguam R Sivarasa.

zunar in police costudy (1)1 Nov 2013
Zunar
Kartunis politik
Pemenang anugerah keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial CRNI, Washington

Comments (2)

  • Jem November 1, 2013 Reply

    You have our support and admiration. Keep up the good work!

  • Momok Tomok November 2, 2013 Reply

    contempt of court?

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


Related Posts

Sapuman Cartoon Book BANNED – Statement by Zunar (Eng & BM)

ISSUE The government of Malaysia has announced the banning of my cartoon book, “Sapuman: Man of Steal” under the Printing and... read more

Tanpa “CIMB”, undi popular BN mungkin hanya 30%

PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam... read more

(Eng & BM) Zunar’ banned books: Decision by Federal Court of Malaysia

News Flash: Earlier today the Federal Court has given permission (leave) to the government to appeal the case of Zunar's... read more

Zunar/KKI akan “Conteng Lynas” di Kuantan 5 Okt

30 SEPT: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka... read more

(Bm & Eng) Malaysian government, bound by court desicion, agree tp pay RM18,000 as compensation for damaged of Zunar’s cartoon work

(BM & Eng) Malaysian government, bound by court desicion, agree to pay RM18,000 as compensation for damaged of Zunar's cartoon work The... read more

International feedback on CNN News

On 29th March 2019, James Griffiths uploaded an article titles "The cartoonists who helped take down a Malaysian prime minister"... read more

“Pirate of the Carry-BN” is now a historical book

  DAPATKAN BUKU YANG MENEMPA SEJARAH INI SEGERA!!!...Dua minggu lepas, buku ini "Pirate of The Carry-BN" telah diterima dan dikatalog di... read more

Zunar’s cartoon haunts Najib in London

1 NOV 2013  - Zunar contributes cartoons with messages for protesters to protest agianst Najib in World Islamic Economic... read more

Announcing Cartoon Exhibition in Petaling Jaya, Selangor from 3 Sept – 10 Sept 2016

  OVER the years, I have done several exhibitions overseas - namely at the British Cartoon Museum (UK), Malmo (Sweden), Bilbao... read more

KEMPEN ANTARABANGSA SOKONGAN KEPADA ZUNAR

Sebuah NGO yang berpangkalan di Washington, Rangkaian Hak Kartunis Antarabangsa (CRNI) telah melancarkan kempen bagi menyokong kartunis politik Zunar, yang... read more

Porto

Porto - Expert Accounting Solutions Tailored to Your Needs—Ensuring Accuracy, Compliance, and Financial Peace of Mind.

30+

Years of Experience

About

  • Home
  • Services
  • About
  • Process
  • Projects
  • News
  • Contact

Services

  • Accounting
  • Tax Planning
  • Business Advisory
  • Payroll Management
  • Global Accounting
  • Admin Services

Newsletter

Want to receive news and updates? Enter your email.

Error: Contact form not found.

© 2026 Porto is Proudly Powered by P-Themes

  • Privacy Policy
  • Terms of Use
Check the Main Menu location in Apppearance->Menus->Display Location.
  • msBahasa Melayu
    • enEnglish