Kerajaan wajib mngharamkan semua karya-karya seni yang mencetus ketegangan kaum, memperolok kaum serta mempromosi pengksataan kaum di negara ini. Filem, buku, komik dan sebagainya yang mempromosi perkauman tidak wajar dibenar beredar di mana-mana permis kawalan kerajaan atau yang dilesenkan oleh kerajaan seperti kedai buku, pawagam, stesen TV, radio dan sebagainya.

Kerana itu saya menggesa kerajaan mengharamkan penayangan filem “Tanda Putera” di semua pawagam, semua stesen TV serta tidak dipromosi di semua stesen radio.

Kerajaan perlu bertegas dan jangan berdolak dalik dalam menyubur perpaduan kaum.  Jangan bersikap hipokrit melaung-laungkan slogan “1 Malaysia” di mulut tetapi pada masa yang sama menyalakan api perkauman di tangan.

Kerajaan perlu mengambil langkah tegas seperti yang dilakukan oleh pihak berkuasa di Eropah dan Amerika yang begitu serius dan punya punya keazaman politik untuk membendung karya-karya seni berunsur perkauman.

Negara-negara Eropah mengambil langkah tegas, contohnya mengharamkan komik popular “Tin Tin in Congo” kerana  dialognya menyebut perkataan ‘Negro’ dalam bentuk sinis. Perkataan Negro dilarang kerana ia membawa konotasi penghambaan terhadap golongan kulit hitam. Filem The Birth of a Nation juga diharamkan di Amerika atas alasan sama.  Filem “Tanda Putera” juga patut diharamkan kerana ia membawa konotasi ketegangan kaum peristiwa

13 Mei. Perlu dijelaskan, sementara dalam melukis saya memperjuangkan kebebasan berkarya, saya tgas menolak semua karya yang berbaur perkauman.

Zunar
29 Ogos 2013

Kartunis politik
Penerima Anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial, oleh
Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI), Washington.