f44c2c1da100827e363f1a69febdee76

PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat menolak ‘CIMB’.

Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak ‘CIMB’.

“CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh,” katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.

Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan ‘CIMB’ ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.

Berita Sepenuhnya di Harakah Daily